 |
~ 22 April 2006 ~
Assalammualaikum wbt…
Terima Kasih Di Atas Kunjungan.
Blog Ni Saya Khaskan Untuk Segala
Email-Email, Sms-Sms Dan YM-YM
Yang Saya Rasakan Amat
Bermenafaat Untuk Dikongsi
Bersama Anda Semua,
Insyaallah…


|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Wednesday, September 13, 2006
PERANAN IBU BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah disiarkan dalam Majalah Ibubapa, November 2002.
Musim peperiksaan menjelang lagi. Disaat begini ibu bapa biasanya lebih bimbang berbanding anak-anak. Diantara ibu Dan bapa pula, ibulah yang lebih gemuruh berbanding bapa. Sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan Dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa. Malah saya baru sahaja mampu bernafas lega apabila anak yang sulung kini selesai peperiksaan UPSRnya. Memang pengalaman mendidik anak orang dengan mendidik anak sendiri cukup berbeza. Jangan pula kerana tekanan yang Kita rasakan Dan harapan yang Kita letakkan terhadap seorang anak, membuatkan Kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut dilakukan disaat menjelangnya peperiksaan.
Salah pendekatan Kita maka anak yang akan menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya. Saya teringat bagaimana tahun lepas seorang pelajar motivasi saya telah menelefon Dan menangis sedangkan PMR hanya tinggal 10 Hari sahaja lagi. Setelah ditenangkan, maka dia beritahu saya bagaimana tertekannya dia apabila ibu bapa terus mengherdik, menekan Dan memarahinya kerana dia hanya memperolehi 3A sahaja dalam peperiksaan percubaannya. Dia rasa dia telah gagal sebagai seorang anak Dan tidak yakin untuk berhadapan dengan PMR yang sebenar. Nasib baiklah dia sempat mengadu Dan meminta bantuan. Bagaimana pula dengan ratusan ribu pelajar lain yang tidak mempunyai tempat untuk mengadu? Sebab itulah Kita sebagai ibu bapa mesti tahu apa persediaan yang perlu dibuat untuk kecemerlangan anak-anak menjelangnya peperiksaan.
1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak
Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin Ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi IA dapat dilihat dari segi perubahan sikap Dan tingkah laku mereka. Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi Ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur tetapi Ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada yang murung, marah-marah, sensitif Dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang boleh menyebabkan berlakunya perubahan sikap Dan tingkah laku ini. Sebagai ibu bapa, Kita mesti peka terhadap perubahan ini Dan Cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka. Katakan kepada mereka dengan jelas bahawa apa yang Kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia! Allah ini.
Apabila tinggal beberapa Hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinan diri mereka akan tergugat Dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.
Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga Ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal. Perhatikan sahaja gelagat anak sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya, adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika. Berhibur Dan bergelak ketawalah sekeluarga. Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur Dan dia kini bersedia untuk kembali belajar semula. Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. Rancang bersama jadual ulangkaji mereka Dan Cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.
2. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak
Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Ada diantara mereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidak yakin pada diri sendiri. Sebagai ibu bapa Kita perlu tahu bahawa keyakinan itu datangnya dari persediaan. Semakin bersedia anak Kita maka semakin yakinlah mereka. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal Dan menyediakan nota semata-Mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) Dan mengeluarkan (output) maklumat.
Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, Dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkan maklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi Dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi. Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat pengalaman. Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agak lemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai. Seterusnya, perhebatkan simulasi iaitu menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.
3. Dorong Anak Secara Positif
Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif. Misalnya: Bukan "Jangan buang masa" .... Tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa", Bukan "Jangan berputus ASA"... Tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi" atau "Mak percaya adik pasti BOLEH!", Bukan "Jangan kelam kabut".. Tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang", Bukan "Elakkan kecuaian".. Tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian Dan lebih berhati-hati", Malah banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan.
4. Kerjasama Sepenuhnya
Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli keluarga yang Ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya. Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar. Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untuk membaca bahan-bahan yang berfaedah. Adik kecil pula diberikan kertas dan pensil untuk menconteng. Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, gunakanlah waktu itu untuk membaca al-quran. Begitulah juga dengan yang lain-lain. Pastikan tidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya. Dengan cara ini anak akan dapat rasakan bahawa perjuangannya dihargai.
5. Elakkan Anak Dari Tidur Lewat
Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka. Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan. Pastikan anak anda masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi walaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit. Diwaktu ini fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman. Banyak maklumat yang dibaca ketika ini akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama.
6. Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian
Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan. Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri. Dengan cara ini anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memang benar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua orang telah memberikan kerjasama. Dia juga akan sentiasa mengharapkan suasana peperiksaan sebegini datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas. Anak-anak yang lain tidak ada sebab untuk cemburu sebab apabila tiba masa mereka maka mereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa.
7. Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas
Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya. Kalau ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas. Tunjukkan gambar tentang apa yang mahu anda berikan padanya. Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan dilawati. Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan padanya. Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa. Misalnya, elakkan dari berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM maka emak akan bawa abang melancong", sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM emak pasti bawa abang ke Langkawi, insyaAllah".
Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya. Kalau tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita tidak diambil kisah lagi. Ganjari juga usahanya bukan sekadar hasil atau pencapaiannya. kalau kita tahu anak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi keputusan peperiksaan tidak seperti yang dimahukan maka berikanlah dia sesuatu sebagai menghargai penat lelahnya itu.
8. Ambil Cuti
Inilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan. Ambillah cuti beberapa hari dan usahakan untuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut. Sepanjang perjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya. Ingatkan anak sekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kita terima dan bersyukur.
9. Banyakkan Berdoa dan Solat hajat
Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Oleh itu, inilah masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati. Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa untuknya. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya. Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk menjadi lebih cemerlang. Ingatlah, anak-anak bukan kita maka terimalah mereka seadanya. Yang penting mereka lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka sendiri.
Posted at 03:25 pm by infazety
Permalink
Saturday, September 09, 2006
KISAH NYATA ( 7x NAIK HAJI x DAPAT LIHAT KA'ABAH)
Sama-sama Hayati Cerita Ini Untuk Dijadikan Pengajaran....
Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.
ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".
Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.
Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.
Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.
Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.
Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.
Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.
Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.
Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.
Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah.
Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.
Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya.Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.
Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.
Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.
"Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.
"Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."
Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah......" betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.
Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat.
"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?
"tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati."
"Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."
"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam.
Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda.
Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."
Bumi menolaknya.
Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir.
Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu.
Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah.
Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.
Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.
Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.
Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.
Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan.
Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.
Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.
Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.
Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.
Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.
Posted at 03:20 pm by infazety
Permalink
Thursday, September 07, 2006
Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Khamis malam Jumaat ( sebaik saja masuk maghrib), 08hb September 2006 (selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1427H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada
didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA JUMAAT 08hb SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...
YG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH DAN YG TAK BAIK TU KELEMAHAN KITA SENDIRI
Posted at 11:11 am by infazety
Permalink
Tuesday, September 05, 2006
BERCERITA KISAH AL-QURAN BANTU BENTUK WATAK ANAK OLEH ROSNAH AHMAD
SETIAP kali sebelum tidur terngiang-ngiang suara Dan terbayang-bayang mimik muka arwah emak bercerita kepada kami lima beradik. Kami berebut-rebut untuk duduk paling rapat dengan emak untuk mendengar kisah dari al-Quran, cerita rakyat yang sarat dengan teladan Dan kesusahan hidup emak ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Kami adik beradik tidak jemu-jemu mendengarnya walaupun berkali-kali ceritanya diulang. Inilah kegiatan yang kami sukai pada musim tengkujuh apabila tidak dapat bermain di luar rumah. Saat itu mendamaikan jiwa Dan masih menenangkan perasaan saya apabila mengenangkan kembali nostalgia itu.
Kini, tradisi ini diteruskan kepada anak saya yang berusia lapan, tujuh Dan satu tahun. Mata mereka akan bersinar kegembiraan Dan kadang-kadang dahi berkerut kerana Cuba memahami apa yang dicer! itakan.
Soalan mereka banyak sekali. Adik kecil yang baru berusia setahun juga seperti mengerti Dan sesekali Cuba bertanya dengan mengeluarkan bunyi yang belum difahami. Sangat susah untuk berhenti daripada bercerita kerana permintaan anak banyak sekali. Ia kadang-kadang agak meletihkan, tetapi kegembiraan anak Dan ucapan sayang serta terima kasih daripada mereka selepas selesai bercerita cukup menghiburkan.
Kanak-kanak Dan cerita bagaikan tidak boleh dipisahkan. Peranan cerita adalah besar dalam proses pendidikan sebuah generasi. Cerita dapat membantu kanak-kanak memperkuatkan imaginasi, meningkatkan pengalaman, mengembangkan penguasaan bahasa serta memberikan pelajaran budi pekerti Dan nilai murni melalui peristiwa yang diungkap dalamnya. Ramai ibu bapa merungut apabila anak seperti tidak mengendahkan kata-kata apabila Cuba memberi nasihat atau mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia.
Mereka kadang kala tidak menurut kata ibu bapa bukan kerana deg! il tetapi tidak faham nasihat atau arahan yang diberikan. Contohnya, k anak-kanak berusia lima tahun diberi nasihat supaya jangan menderhaka kepada ibu bapa kerana perbuatan ini dimurkai Allah Dan berdosa. Perkataan menderhakamungkin biasa bagi Kita, tetapi IA adalah baru Dan susah untuk mereka fahami.
Cara paling berkesan menerangkan maksud menderhakaadalah dengan bercerita. Contohnya, kisah Is Tanggang yang derhaka kepada ibunya. Anak akan lebih mudah memahami sesuatu perkataan apabila mereka dapat mengaitkannya dengan cerita yang disampai atau dibacakan kepada mereka.
Aktiviti bercerita juga dapat menyelesaikan banyak masalah emosi anak. Contohnya, apabila menunggu kehadiran adik baru dalam keluarga, anak biasanya mempunyai perasaan yang bercampur baur, gembira serta sedikit gusar Dan cemburu. Mereka khuatir perhatian Dan kasih sayang ibu bapa akan beralih kepada adik baru. Buku cerita mengenai adik baru akan membuka ruang kepada anak untuk bertanya apa saja persoalan yang bermain pada fikiran mereka. Ini dapat menolong meyak! in Dan menyediakan mereka dari segi emosi untuk menyambut kehadiran adik baru.
Zaman kian berubah, kini aktiviti bercerita banyak diambil alih oleh cikgu sekolah, tadika, pengasuh taska, television Dan komputer. Apa pun ibu bapa harus memupuk minat Dan mencari masa untuk bercerita kepada anak. Bercerita adalah aktiviti masa berkualiti yang sangat berkesan untuk mendekati anak dalam kesibukan ibu bapa sekarang.
Secara tidak langsung anak akan merasakan mereka diberi perhatian Dan dihargai.
Ada juga ibu bapa yang merasakan apabila anak pandai membaca, kerja mereka semakin mudah kerana mereka mampu membaca sendiri cerita kegemaran masing-masing. Mereka tidak perlu lagi bercerita.
Pakar pendidikan mengatakan bahawa ibu bapa masih perlu membacakan cerita kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kanak-kanak pada usia ini masih memerlukan panduan daripada ibu bapa untuk menerangkan maksud perkataan yang tidak mereka fahami Dan untuk memperjelaskan ! mesej sebenar di sebalik cerita yang dibaca.
Islam sangat meng galakkan aktiviti bercerita. Al-Quran mengandungi banyak kisah. Manusia memperoleh pelajaran berharga daripadanya. Keunggulan al-Quran terbukti mendidik manusia dari generasi ke generasi Dan tiada tandingannya.
Kita diajak bercerita mengenai kisah nyata yang diceritakan Allah dalam al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud: Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.(Surah al-Araf, ayat 176)
Kisah Al-Quran sentiasa mengajar bahawa kebenaran akan melenyapkan kebatilan. Ini dapat memberi kesan dalam diri anak bahawa orang yang suka membuat dosa Dan maksiat akan kecundang akhirnya. Perasaan ini penting untuk membenihkan keimanan Dan akhlak mulia anak sejak kecil lagi.
Keagungan Dan kebesaran Allah boleh disampaikan melalui cerita mengenai kebaikan Dan keindahan makhluk ciptaan Allah seperti haiwan, serangga Dan tumbuh-tumbuhan sesuai dengan fitrah anak-anak yang sukakan haiwan Dan tumbuh-tumbuhan.
Kisah Rasulullah, nabi, sahabat Dan ! pahlawan Islam juga akan dapat membantu anak-anak mencintai Dan mencontohi sifat terpuji mereka.
Ibu bapa juga boleh mereka sendiri watak yang boleh disesuaikan dengan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak. Anak-anak saya sudah mengenali watak Abuyang saya cipta. Ada banyak cerita mengenai Abu seperti Abu balik kampung Dan Abu dapat adik baru.
Cerita ini saya reka secara spontan ketika Cuba menangani masalah anak-anak. Ia banyak mengandungi unsur nasihat Dan humor yang disesuaikan dengan mesej Dan nasihat yang hendak disampaikan. Cara ini lebih berkesan kerana ego anak-anak tidak menjadi penghalang mereka menerima nasihat berbanding menasihati mereka secara terus.
Banyak teknik bercerita yang boleh digunakan, termasuk bercerita secara lisan, dengan bantuan buku cerita, kad bergambar Dan patung. Carilah cerita yang akan memberi manfaat Dan mengandungi unsur humor yang dapat menarik perhatian anak-anak.
Apabila bercerita secara lisan, gu! nakan nada suara Dan mimik muka yang sesuai supaya menarik perhatian, mudah difahami dan menyentuh perasaan. Elakkan cerita yang terlampau susah untuk difahami dan banyak mengandungi penafsiran yang belum mampu digarap oleh anak-anak. Jadikanlah bercerita satu aktiviti keluarga yang menarik dan disukai oleh mereka.
Posted at 09:01 am by infazety
Permalink
Friday, September 01, 2006
MEMBANTU KE ARAH KECEMERLANGAN
MEMBACA buku pada masa lapang merupakan tabiat yang baik. Tabiat bermakna Kita mengamalkan sesuatu perkara mengikut kebiasaan. Tabiat yang baik bermakna Kita bertertib dengan disiplin ketika melakukan aktiviti seharian.
Tabiat adalah bagaimana cara seseorang itu berfikir, bertindak Dan bertindak balas dengan sesuatu kejadian.
Pelajar yang cemerlang perlu mempunyai tabiat yang baik. Kecemerlangan lahir daripada asuhan, keinginan dam keperluan untuk mencapai sesuatu yang baik.
Cuba fikirkan sama ada anda mempunyai tabiat berikut dalam kehidupan sehari-hari:
1. Membaca buku sebelum tidur.
2. Bertanya di dalam kelas jika tidak faham.
3. Menoleh ke belakang setiap kali membuka pintu.
4. Mengemaskan keperluan ke kelas sebelum waktu tidur.
5. Mendengar dengan tekun apabila berbual dengan rakan.
6. Melemparkan senyuman apabila berselisih dengan orang.
Tabiat di atas merupakan senarai ringkas daripada pelbagai tabiat yang boleh diikuti oleh pelajar.Ia bukan perkara yang sukar atau mustahil untuk dilakukan. Tabiat yang baik akan membantu anda untuk mendapatkan kecemerlangan.
Pelajar yang bersikap proaktif seperti suka bertanya di dalam kelas, berbincang dengan guru dan rakan, akan lebih mempunyai tabiat suka bersendirian.Orang yang bersikap proaktif tidak terpengaruh dengan faktor luaran.Di samping bertanggungjawab kepada diri sendiri, mereka akan cuba mengatasi masalah mereka.
Pelajar yang bersikap inovatif selalunya mempunyai tabiat penggerak atau pemula dalam diri mereka.Mereka gemar melakukan perkara yang belum dilakukan oleh orang lain dan bangga menjadi pemenang.Keinginan seperti ini lahir daripada tabiat inginkan kelebihan daripada orang lain.
Adakah anda orang pertama melakukan perkara-perkara berikut di dalam kelas:
1. Menyiapkan tugasan atau latihan.
2. Bersetuju untuk menjadi ketua atau pengawas.
3. Menawarkan diri untuk sebarang persembahan.
4. Mengangkat tangan apabila guru bertanya soalan.
PENGGUNAAN MASA
Pelajar juga merungut tentang masa. Mungkinkah anda pernah menyebut atau merungut dengan perkara-perkara berikut:
1. "Saya dapat soalan tersebut, tetapi masa tak cukup."
2. "kalaulah ada masa, tentu saya dapat habiskan buku tersebut."
3. "Exam dah dekat in... Tak bolehlah tengok siaran langsung bola sepak."
Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah masa mengikut keperluan hidupnya.
Masa yang sudah berlalu tidak akan dikembalikan. Sifat masa yang paling penting yang perlu diketahui oleh pelajar ialah:
"Masa tidak perlu dibayar - setiap orang mempunyai 24 jam sehari semalam dan terpulanglah kepada anda untuk menggunakan masa tersebut."
Panduan membahagikan masa
Terdapat banyak kriteria membahagikan masa. Setiap orang mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Sebagai pelajar, anda boleh mengikut kriteria di bawah sebagai panduan umum:
1. Lakukan perkara yang mudah dahulu - dalam peperiksaan, misalnya, anda perlu bermula dengan soalan yang paling mudah diselesaikan.
2. Lakukan perkara yang lebih cepat untuk disiapkan berbanding dengan yang mengambil masa.
3. Lakukan perkara yang perlukan tindakan segera berbanding dengan yang kurang penting.
4. Lakukan perkara yang mempunyai sumber terlebih dahulu.
5. Lakukan perkara yang sudah dirancang berbanding dengan yang tidak dirancang.
6. Lakukan perkara yang Kita tahu sebelum perkara perkara yang kita tidak tahu.
7. Lihatlah siapa yang memerlukan tindakan Kita.
Posted at 09:00 am by infazety
Permalink
Thursday, August 17, 2006
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Posted at 08:56 am by infazety
Permalink
Sunday, August 13, 2006
When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The All-Kind.
When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness, Allah is The Light.
When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember
Allah is The All-Wise.
When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won't hurt you, He is The Most Just.
When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember
Allah Sees it all.
When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The All-Strong.
When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The All-Able.
When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.
When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to hear.
When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The All-Rich.
When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One.
When your all alone
And your pain has no end
Remember just remember
Allah is the Most Compassionate.
And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember
Allah's help is near.
and ALLAH is our return... wassalam.
Posted at 08:51 am by infazety
Permalink
Wednesday, August 09, 2006
UNTUK PARA SAHABAT KU SEKALIAN ALAM!!!!
1) Penaklukan Baitulmuqaddis..Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...skodeng lagi.
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah... 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ george bush
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kena banjir
Posted at 08:45 am by infazety
Permalink
Saturday, August 05, 2006
PUJIAN SERTA-MERTA RANGSANG ANAK JADI LEBIH BERDISIPLIN
Dari Berita Harian
Oleh Dr Norizam Mohd Alias
"ALONG jangan kacau adik! Berapa kali mak nak cakap!" Spontan Nor memarahi anak sulungnya yang berumur 10 tahun apabila mendengar tangisan anak bongsunya yang baru mencecah umur empat tahun.
Along terus berhenti daripada mengusik adiknya, lalu bermasam muka. Dia terus ke biliknya mengunci diri sambil merungut: "Apa yang Along buat semua salah!"
Nor mengeluh sendirian kerana terpaksa menghadapi keadaan sedemikian hampir setiap hari. Beliau benar-benar bingung. Di mana silapnya.
Nor tidak sendirian dalam menghadapi masalah ini. Di luar sana ramai lagi ibu bapa yang kebingungan menghadapi kerenah anak-anak dan mencari-cari jalan penyelesaiannya.
Sebagai ibu bapa kita amat perlu mempelajari kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak-anak. Semua ibu bapa berharap untuk mendapatkan anak yang apabila besar nanti mempunyai ciri murni seperti menjadi orang beriman, kasih kepada Allah, Rasulullah SAW, ibu bapa dan adik-beradiknya. Mereka juga mahukan anak yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang baik, bertanggungjawab, menghormati orang tua, jujur dan ikhlas serta mempunyai asas moral kukuh.
Salah satu kemahiran keibubapaan yang amat penting adalah kaedah memuji anak-anak. Sebenarnya, pujian akan merangsang dan menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki. Contohnya rajin belajar, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
Ibu bapa perlu sedar bahawa tingkah laku yang baik tidak akan berubah serta-merta, tetapi memerlukan kesabaran, usaha yang berterusan dan terancang.
Tanpa disedari kita selalu bersikap tidak adil terhadap anak-anak. Apa tidaknya, kita memarahi mereka jika berkelakuan buruk. Tetapi, jarang memuji kebaikan dan kelebihan mereka.
Marilah kita sama-sama berusaha secara berterusan untuk sentiasa mencari ruang bagi mengiktiraf kebaikan mereka melalui pujian-pujian. Firman Allah bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk. " (Surah al-Nahl, ayat 125)
Persoalannya, bagaimana memberikan pengiktirafan atau pujian?
Rancang dan latih diri kita mengeluarkan perkataan pujian yang bersesuaian dan pelbagaikan.
Perhatikan perubahan tingkah laku anak terhadap pujian kita.
Pujian yang diberikan hendaklah ikhlas, ceria, lembut dan tepat ke atas setiap kebaikan yang dilakukannya.
Kajian menunjukkan bahawa pujian dan pengiktirafan itu lebih berkesan jika diberi serta-merta.
Contoh ungkapan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa.
Apabila anak meminta sesuatu daripada ibubapa dengan baik.
Balas: "Sedap mak dengar Nuha cakap lembut-lembut dengan mak."
Apabila anak menyidai tuala mandinya, "Bagus anak mak, rajin sidai tuala. Mak bangga dapat anak macam ni"
Apabila anak selesai menunaikan solat.
"Alhamdulillah salihnya anak mak."
Apabila anak selesai menggosok gigi.
"Suka hati mak tengok anak mak gosok gigi."
Apabila anak menyusun kasut.
"Terima kasih kerana menyusun kasut, mak suka tengok rumah kita kemas."
Perkataan atau puji-pujian ini akan menjadi kebiasaan jika ibu bapa sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian baik bersama keluarga, di tempat kerja atau di mana-mana saja.
Kita kena berani mencuba budaya memuji sehingga semua orang berasa selesa dengan tindakan memuji dan janggal untuk mengeluarkan perkataan berunsur kejian, kecaman dan marah.
Firman Allah bermaksud: "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali yang dianiayakan. Dan ingatlah Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nisa, ayat 148)
Perkataan buruk perlu ditinggalkan dalam memperbetulkan tingkah laku anak-anak supaya mereka merasakan keseronokan ketika menerima teguran. Ia juga memberi motivasi kepada mereka untuk menukarkan tingkah laku buruk kepada yang lebih baik.
Kaedah pengiktirafan dan pujian adalah salah satu kaedah dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi aspek dan kaedah lain yang perlu diberi perhatian termasuk faktor persekitaran, umur serta perkembangan emosi dan mentalnya.
Ibu bapa mesti rajin dan bersungguh-sungguh melengkapkan dirinya dengan kemahiran keibubapaan dengan antaranya menghadiri kursus, pembacaan dan perbincangan.
Kita hanya merancang, berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah untuk kebaikan anak-anak. Semoga Allah memberkati usaha kita.
Posted at 08:42 am by infazety
Permalink
Tuesday, August 01, 2006
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya 2.Apakah yang dinamakan takdir 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya
hari ini?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.Terbuat dari apa tangan yang saya
gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api,
jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.
Posted at 02:21 pm by infazety
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|